Taufan Jangmi Ancam Jepun
Jepun kini bersiap sedia menghadapi Taufan Jangmi yang dijangka menghampiri kawasan selatan negara itu, terutama sekitar Okinawa, pada Isnin.
Taufan yang juga dikenali sebagai Taufan No. 6 itu terbentuk di Laut Filipina dan dijangka membawa hujan lebat serta angin sangat kuat.
Pada awal pagi Isnin, Taufan Jangmi dilaporkan bergerak pada kelajuan kira-kira 16 km/j dengan angin berterusan mencecah sekitar 110 km/j. Manakala, tiupan angin kuat boleh mencapai sehingga 160 km/j.
Tekanan pusat taufan berada sekitar 975 hPa dan dijangka boleh menurun lagi kepada sekitar 965 hPa, sekali gus berpotensi menjadikan taufan itu lebih kuat.
Justeru, pihak berkuasa meteorologi Jepun telah memberi amaran awal kepada penduduk di kawasan terlibat supaya lebih berwaspada terhadap risiko hujan lebat, angin kencang, banjir kilat, ribut air laut serta tanah runtuh.
Penduduk di kawasan selatan Jepun khususnya di Okinawa juga dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Ini termasuk memastikan keselamatan rumah dan sentiasa mengikuti perkembangan ramalan cuaca semasa.
Menurut The Guardian, Taufan Jangmi terbentuk daripada satu sistem cuaca besar yang dikenali sebagai “monsoonal gyre” di kawasan Laut Filipina.
Ia adalah sistem cuaca berskala besar yang berputar perlahan dan boleh menghasilkan ribut tropika yang kuat melalui pusaran kecil di dalamnya.
Keadaan ini sering menyebabkan ribut yang meliputi kawasan luas dengan angin kencang serta tekanan udara rendah, tanpa struktur mata taufan yang jelas.
Cuaca ekstrem turut landa beberapa bahagian dunia lain
Dalam masa sama, selatan Australia turut mengalami cuaca buruk apabila satu sistem tekanan rendah membawa ribut kuat ke beberapa kawasan.
Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk negeri Victoria, dengan angin kencang dijangka melanda kawasan pantai. Malah, salji juga diramalkan turun di Kosciuszko National Park.
Berbeza pula di Sepanyol dan beberapa kawasan selatan Eropah apabila mereka kini berdepan cuaca panas melampau.
Suhu di beberapa kawasan dijangka meningkat sehingga 40 darjah Celsius walaupun musim panas baru sahaja bermula.
Fenomena ini menunjukkan keadaan cuaca global yang semakin tidak menentu, dengan pelbagai bencana cuaca berlaku serentak di beberapa rantau dunia.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Jasa Backlink
Download Anime Batch
