Letupan Luar Jangka Tutup Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Laluan Dijangka Dibuka Pagi Esok – JKR
KUALA KRAI, 9 Jun (Bernama) — Jalan Persekutuan Kota Bharu-Gua Musang di kawasan Bukit Akil di sini yang ditutup susulan aktiviti letupan terkawal bagi projek pembinaan Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), dijangka dibuka semula kepada pengguna pada 6 pagi esok.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Nik Badlihisham Nik Ismail berkata kerja pembersihan sedang giat dijalankan selepas sisa batu dan tanah daripada aktiviti letupan itu, jatuh di kedua-dua arah jalan menyebabkan laluan tersebut tidak dapat dilalui semua kenderaan.
“Aktiviti letupan telah dijalankan di bawah kawalan polis pada 4.05 petang tadi. Hasil letupan kali ini adalah luar biasa dan tidak dijangka. Sepatutnya kaedah letupan terkawal dapat dilaksanakan dengan kesan yang minimum,” katanya kepada Bernama malam ini.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada kerosakan atau mangsa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif ke Kota Bharu iaitu melalui Kampung Peria, Mengkebang dan Batu Balai hingga kerja pembersihan selesai dan laluan dibuka semula demi keselamatan orang awam.
Terdahulu, tular di media sosial gambar dan video menunjukkan timbunan batu besar menutup laluan di kawasan Bukit Akil serta kesesakan lalu lintas yang panjang sejak petang tadi, mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya yang melalui laluan berkenaan, khususnya di Jalan Persekutuan Kota Bharu-Gua Musang.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Jasa Backlink
Download Anime Batch
