Bila Bapa Nak Ikut Trend Bergambar Dengan Motor, Reaksi Anak Cuit Hati Ramai
Sejak adanya pelbagai inovasi digital, setiap lapisan umur kini tidak lagi ‘buta teknologi’.
Seperti ibu bapa kita, kebanyakan dari mereka boleh mengakses pelbagai jenis kandungan di media sosial menggunakan telefon pintar mereka.
Tidak hairan jika ada juga di antara mereka yang berjaya menjadi pencipta kandungan.
Bahkan ada ibu bapa yang mudah ‘terpengaruh’ dengan trend terkini di media sosial.
Seperti seorang bapa ini yang meminta anak-anaknya untuk menyunting gambar bersama motosikalnya.
Namun, perbualan mereka di dalam kumpulan WhatsApp keluarga itu mencuit hati warga maya.
“Baru plan nak pakai helmet baring atas jalan”
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan oleh pengguna Threads, @1khwaaannn, bapanya menghantar gambar seorang individu berbaring di tepi motosikal dan bertanya macam mana gambar itu dirakam.
Jawab Ikhwan, ia merupakan gambar hasil menggunakan dron kerana diambil dari sudut pandang atas.
Namun, anak perempuannya berkata bapa mereka mahu gambar itu dicipta menggunakan kecerdasan buatan (AI).
“Abah nak AI, abah la punca bumi makin panas,” selorohnya.
Namun jawapan si bapa membuatkan ramai terhibur.
“Kalau ramai solat bumi jadi sejuk semula,” selorohnya.
Dia juga berkata sudah rancang untuk bersiap dan berbaring di atas jalan.


“Baru rancang nak tukar baju, pakai helmet baring atas jalan,” katanya sebelum menghantar gambarnya yang sedia ada ke dalam kumpulan itu.
Akhirnya, gambar itu berjaya dicipta menggunakan AI.
“Dah siap, kalau kat luar mahal gambar ni,” kata Ikhwan.



Menjengah ke ruangan komen, pengguna Threads meluahkan rasa terhibur dengan gelagat keluarga Ikhwan.
“Nasib baik ada kau, kalau dia baring tengah jalan dah jadi satu hal geng-geng jemaah sekali dengan imam Wahab baring depan rumah kau”
“Kenapa tak letak imam Wahab kat sebelah abah tu Mohd..?”
“Adakah abah awak dan ayah saya satu group riders. Ayah saya siap print gambar sendiri naik ADV dekat baju, mati-mati aku tengok dekat-dekat perut buncit dia rupanya muka dia sendiri”
“Habiss ahh kau dik sebab berjaya buat gambar seperti abah nak. Lepas ni banyak lagi tu haha”
Sehingga kini, perkongsian itu mendapat sebanyak 29,000 tanda suka dan lebih sejuta views.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Jasa Backlink
Download Anime Batch
