Lebih 300 Jemaah Muda Sertai Qiyamullail, Tonton Piala Dunia Di Masjid Usamah Bin Zaid

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Lebih 300 jemaah, majoritinya golongan muda memenuhi Masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju bagi menonton tayangan skrin besar Piala Dunia 2026 pagi tadi, sekali gus menyuburkan pendekatan dakwah secara santai dan berhikmah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan berkata, program tersebut membuktikan bahawa minat anak muda terhadap sukan bola sepak boleh disuntik dengan pengisian kerohanian yang bermanfaat.

“Inilah Dakwah Bil Hikmah. Kita raikan minat anak muda, kita sebarkan kebaikan dan kasih sayang. Fastabiqul khairat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, sebelum perlawanan bermula, para jemaah terlebih dahulu mengikuti program Qiyamullail serta sesi tawsiyah (pesanan agama) yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Ahmad Fauwaz Fadzil.

Acara santai tersebut menyaksikan para jemaah menonton perlawanan sengit Kumpulan E Piala Dunia 2026 antara Jerman dan Ivory Coast, yang berakhir dengan kemenangan dramatik 2-1 memihak kepada skuad The Mannschaft.

Suasana separuh masa pertama turut diserikan dengan ulasan eksklusif legenda bola sepak kebangsaan, Shahril Arsat dan bekas pemain Piala Presiden Selangor FA, Khushairi Aizad mengenai corak permainan kedua-dua pasukan.

Menambah keunikan program pada jam 4 pagi itu, Dr Zulkifli bersama-sama Mufti Wilayah, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Nizam Yahya, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Ajib Ismail, turut meluangkan masa menebar roti canai untuk hidangan sarapan para jemaah.

Program berkenaan dijayakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, JAKIM, MAIWP, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), pihak pengurusan masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Menembak Agama (PMA), serta para penaja makanan.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

By Autosup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *