Ruang Awam Bukan Hak Individu, DBKL Ambil Tindakan Isu Cop Parkir Di PPR

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, kawasan parkir terutamanya kawasan kediaman strata dan PPR bukanlah hak peribadi.

Dalam satu kiriman di Facebook, DBKL memaklumkan ruang yang semakin terhad dan jumlah kenderaan yang semakin bertambah bukanlah boleh dijadikan alasan untuk penduduk ‘mencop’ tempat letak kereta tersebut.

Melalui tinjauan dari DBKL, ada yang meletakkan kon, kerusi, pasu, tong air, malah papan tanda buatan sendiri seolah-olah itu adalah milik peribadi.

Kredit: DBKL via FB

Malah kongsi DBKL lagi, di sesetengah kawasan PPR pula, kemudahan parkir bertingkat telah disediakan bagi membantu mengurangkan kesesakan dan melancarkan pergerakan di kawasan kediaman.

Kredit: DBKL via FB

“Namun, masih ada yang memilih untuk meletakkan kenderaan di laluan, bahu jalan atau secara berlapis kerana mahu dekat dengan rumah atau premis.

“Mudah untuk seorang, tetapi menyulitkan ramai orang,” tegas DBKL lagi.

Kredit: DBKL via FB

Kongsi DBKL juga, ini adalah antara cabaran kecil yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan warga kota hari ini.

“Ramai antara mereka yang mahukan keselesaan, tapi keselesaan perlu datang bersama disiplin dan timbang rasa,” jelas DBKL lagi.

Tambah DBKL, apabila setiap orang memilih jalan mudah tanpa memikirkan kesan kepada komuniti, ruang bersama akhirnya menjadi sempit dan hubungan sesama jiran boleh menjadi tegang.

“Hidup di kawasan strata dan PPR menuntut kematangan dalam berkongsi ruang. Ruang awam bukan hak individu, tetapi amanah untuk digunakan secara bersama dengan rasa hormat dan tanggungjawab,” tambah DBKL.

Malah, kematangan warga kota tidak diukur pada kenderaan yang dimiliki, tetapi pada kesanggupan menghormati ruang dan hak orang lain.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch

By Autosup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *